suria

“Ini cinta sejati” - Bekas mak nyah tangguh kahwin kerana isu wali, sangkal dakwaan ‘content’ semata-mata

NAFI menjadikan pernikahan sebagai content, lelaki bernama Adam atau lebih mesra disapa Danny tetap dengan pendirian bakal berkahwin selewat-lewatnya pada hujung Julai ini.

Kata Danny, 40, netizen berhak untuk berkata apa sahaja tetapi dia tetap akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya iaitu Nurazearah Fateha.

“Saya kalau jadi netizen pun akan anggap apa yang berlaku ni sebagai content, sebab kami janji nak bernikah tapi tak dapat tarikh yang kami nak.

“Ia ditangguhkan tapi netizen berhak kata apa sahaja termasuklah menganggap ia content walaupun sebenarnya tidak.

“Kami memang cinta yang sejati dan kami memang akan bernikah,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Danny sepatutnya berkahwin dengan Fateha pada 1 Julai lalu namun ditangguhkan kerana urusan dokumentasi yang tidak lengkap.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi