suria

Mashy anggap hilang penglihatan rezeki dan gurauan Allah, rupanya dah dapat banyak ‘hint’ sebelum kemalangan

HILANG deria penglihatan tidak mematahkan semangat wanita bernama Masitah Mohd Afandy untuk meneruskan kehidupan dengan bahagia bersama suami tercinta.

Kata Masitah atau mesra disapa Mashy, 32, dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang memahami dan sering memberikan dorongan untuk dirinya kekal positif selepas berlaku kejadian hitam dalam hidupnya.

“Dia adalah orang yang sangat sabar, positif dan sering memberikan dorongan kepada saya.

“Sekarang pun bila saya sakit suamilah yang angkat dukung saya ke bilik setiap hari.

“Baru-baru ini suami demam panas tetapi dia masih menyantuni saya dengan sangat baik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, suami kepada Mashy iaitu Nik Nazri Abidin, 36, pula reda menerima takdir isterinya mengalami kecacatan kekal selepas terbabit insiden berkenaan.

“Saya sangat redha dan bersyukur sebab saya masih tidak kehilangan isteri saya.

“Cuma dia kehilangan penglihatan tetapi bagi saya tidak mengapa kerana saya ada untuk jaga dan apa yang penting isteri masih ada bersama saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Mashy terlibat kemalangan jalan raya selepas kenderaan dinaikinya dirempuh lori pada 21 Mac lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi