suria

Dulu orang pandang rendah... Lelaki ini sanggup berhabis RM60,000, siapkan 120 pasang baju raya untuk isteri dan anak

LELAKI bernama Syed Muhammad Shah Hasif memberitahu RM60,000 yang dilaburkan untuk menyiapkan 120 pasang baju raya bertujuan membahagiakan isteri dan anak-anak.

Kata Syed, 31, isterinya iaitu Fatin Syazwani Ishak, 25, dan dua anaknya membawa rezeki melimpah ruah buat dia tahun ini dan tidak salah berhabis untuk keluarga tercinta.

“Isteri membawa rezeki kepada saya tambah dengan anak-anak lagi bertambah rezeki saya.

“Kalau kata yang tengah viral RM60,000 saya keluarkan modal nak bagi isteri dan anak-anak pakaian raya itu ikut kemampuan seseorang.

“Macam tahun ini Allah beri saya rezeki yang luar jangka jadi tak salah saya berkongsi rezeki dengan keluarga kita sendiri,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Syed mendirikan rumahtangga bersama Fatin pada 30 November 2018 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syed Muhammad Nouis Jaeden El-Alawi, 4, serta Syarifah Haifa Urshia El-Zahrah yang kini berusia tiga bulan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi