suria

Baru form 2 dah bayar zakat RM10,000... Adik Piya mahu bantu golongan miskin Kelantan

USIA muda bukan penghalang untuk seseorang itu membantu golongan memerlukan apatah lagi dalam umat Islam sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Itu yang dilakukan oleh seorang remaja iaitu Putri Mumtaz Sunnafiz Luthfiya, 14, apabila menyerahkan cek berjumlah RM10,000 untuk menunaikan zakat sehingga tular di aplikasi TikTok.

Luthfiya yang juga seorang usahawan kosmetik di Kelantan berkata, memang sejak kecil dia diajar keluarga untuk membantu orang susah dan menganggap wang yang disalurkan kepada golongan memerlukan itu lebih bermakna berbanding ia dibazirkan untuk perkara tidak berfaedah.

"Bayar zakat tu sebab saya nak membantu orang lain yang memerlukan sumbangan.

"Memang sejak dulu lagi nenek dan ibu saya beritahu kena dahulukan zakat supaya rezeki kita berkat.

"Disebabkan kata-kata itu saya berniat membayar zakat daripada wang saya dibazirkan begitu sahaja," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi