suria

Dulu tak dipandang, peniaga shawarma viral tiba-tiba jadi buruan... Siap ada nak meminang

PERBUATAN yang baik pasti akan dibalas dengan rezeki tidak disangka-sangka.

Itu yang berlaku kepada seorang peniaga makanan apabila rezekinya bertambah selepas video dia belanja seorang ibu mengandung shawarma dijualnya tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Peniaga tersebut, Ezzul Ezdihar Azhar, 24, berkata, dia sendiri tidak menyangka video tersebut akan tular kerana niatnya hanya mahu menggembirakan hati seorang ibu yang sedang sarat hamil.

"Alhamdulillah video yang saya muat naik tentang kakak mengandung itu tular dan keesokan harinya terus ramai orang beratur nak beli sharwarma yang saya jual.

"Ketika itu saya macam tak bersedia sebab tiba-tiba kedai saya kena 'serang' ramai orang.

"Saya bersyukur dengan apa berlaku kerana lebih banyak kita memberi, Insya Allah lebih banyak kita akan dapat," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Shawarma, makanan, ibu hamil, rezeki, tular, fyp, mStar.


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi