suria

Majlis sanding tukar tahlil! Wanita 18 tahun reda hanya 3 minggu jadi isteri, impian naik pelamin tak kesampaian

MAJLIS persandingan yang sepatutnya berlangsung pada 27 November ini terpaksa dibatalkan selepas suami terbabit kemalangan maut awal bulan ini.

Menurut Maisurah Abu Samah, 18, sejak berkahwin dia dan suami tidak pernah berenggang sehinggalah malam arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Hari-hari bangun pagi sarapan, masak sarapan sama-sama lepastu pergi kerja dengan dia.

“Dia pergi lepak pun saya ikut sama-sama... memang tak pernah tinggal sorang.

“Malam tu dia ajak keluar takut tak sempat dan malam itu jugalah jadi kejadian kemalangan tu,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Maisurah dan arwah Mohd Harith Iqbal Ariffin bernikah pada 13 Oktober 2022 dan kemudian arwah meninggal dunia pada 6 November 2022.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi