suria

“Kau jangan tunjuk depan-depan je” - Lelaki ini kongsi pengalaman kena ‘usik’ semasa hantar serpihan tubuh ke bilik mayat, setakat bunyi itu gangguan biasa

PERKONGSIAN video seorang lelaki menghantar serpihan anggota badan ke bilik mayat menarik perhatian netizen di media sosial.

Gara-gara perkongsian itu, netizen meluahkan rasa kagum dengan pekerjaan yang dilakukan lelaki itu kerana memerlukan keberanian dan kekuatan mental yang tinggi.

Berkongsi cerita mengenai pekerjaannya sebagai pembantu perawatan kesihatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur, individu dikenali sebagai Naiem mengakui tugas itu mencabar kerana perlu berhadapan dengan anggota tubuh manusia termasuklah menguruskan mayat pada bila-bila masa.

Kata Naiem, dia juga pernah berdepan ganguan mistik namun itu bukan penghalang untuk meneruskan kerjaya murni itu.

“Nak kata pengalaman seram tu tiada la sangat... cuma pengalaman menghantar beberapa anggota badan ke bilik mayat tu yang seram, sebab kena turun secara berseorangan daripada dewan bedah.

“Kadang-kadang kena hantar waktu malam tu yang membuatkan saya risau sebab takut ada yang mengusik pula nanti tapi bila sudah dua tahun bekerja jadi perkara ini saya sudah lali.

“Gangguan tu memang normal kalau pekerjaan macam ini tapi saya anggap itu sebagai usikan saja.

“Saya cuma minta satu je jangan tunjuk depan-depan, setakat bau dan bunyi tu memang perkara biasa buat saya,” kata Naeim kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

Naeim, Viral, Tengok mayat, bilik mayat


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi