BAKAL menamatkan perkhidmatan sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah, gadis bernama Nur Zulaikha Zainudin berkongsi cerita pengalamannya bersama pelajar-pelajar.
Kata Zulaikha, 20, banyak kenangan manis sepanjang bergelar guru di sekolah itu, lebih-lebih lagi perlu berdepan dengan pelajar-pelajar yang sangat aktif.
“Saya tengah mengajar pun ada yang berlari. Walaupun agak aktif tapi mereka masih buat kerja yang diberi semua.
“Memang tertekan sikit sebab budak-budakkan? Tapi kena sabar, nak buat macam mana mereka masih budak-budak,” katanya kepada mStar.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!