suria

Setiap hari rakam momen ayah balik dari masjid… bapa terkejut video ‘curi-curi’ anak viral sampai Fazura pun komen

MAHU mengenang momen-momen bersama ayah tercinta, wanita bernama Siti Nur Fatihah sentiasa merakamkan video orang tuanya itu selepas pulang dari masjid.

Kata Fatihah, 28, dia sengaja merakam video tersebut kerana mahu menjadikan sebagai kenangan.

“Ayah saya ada satu tabiat kalau balik dari masjid dia suka ajak saya makan.

“Saya pun terfikir kenapa tidak kalau saya rakam tabiat ayah saya tu.

“Jadi satu hari tu saya rekod-rekod tabiat ayah saya tu setiap hari,” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi