suria

Suami berwajah feminin, ada tak percaya siap minta isteri tunjuk bukti… Dah biasa disapa kakak tapi mujur suara ‘abang-abang’

GARA-GARA wajah suami terlalu feminin menyebabkan wanita bernama Nur Izza’ain terpanggil untuk menjelaskan bahawa suaminya merupakan seorang lelaki.

Menerusi video pendek yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Izza terpaksa menjelaskan mengenai kekeliruan berhubung jantina suaminya itu.

Sementara itu, suami kepada Izza iaitu Muhammad Luqman, 26, berkata dia tidak tertekan menerima soalan berkenaan kerana sudah terbiasa dengan perkara tersebut.

“Saya tak berasa tertekan sangat sebab dah biasa dengan perkara tu dan memang dah lalui.

“Cuma tak sangka pula sampai satu Malaysia pula yang tanya.

“Sebab selalu saya pergi kerja tiada pula yang tanya saya ni perempuan ke lelaki,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Izza dan Luqman telah selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Mei 2022.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi