suria

Seronok sangat nak kongsi gaji pertama dengan ibu… gadis ini menangis tersalah ‘bank in’ akaun orang lain, terpaksa buat ayat sedih minta pulang duit

GARA-GARA tersilap memasukkan wang ke akaun individu lain, wanita bernama Fahada Bistari meluahkan rasa sedih menerusi akaun TikTok miliknya.

Kata Fahada, 24, dia berniat memberikan duit gaji pertamanya itu kepada ibu, namun kerana terlalu gembira dia tersilap memasukkan duit tersebut ke akaun individu tidak dikenali.

“Semasa sedang bekerja hati saya tak tenang dan sering mesej orang itu (akaun individu tidak dikenali) nak minta balik duit tapi dia macam baca mesej lambat, call tak angkat.

“Rasa risau juga kalau tak dapat balik duit tu tapi kecuaian saya sendiri tak boleh nak salahkan dia sepenuhnya.

“Sampai terfikir mungkin saya tak dapat balik duit tu,” katanya kepada mStar.

Akhir temu bual bersama Fahada, dia menjelaskan segala kekeliruan tersebut telah diselesaikan dan pemuda berkenaan memulangkan semula wang itu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Salah bank in, Gaji pertama, Viral, TikTok


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi