suria

Berjaya pikat hati gadis Jerman! Lelaki Malaysia ini cerita detik awal perkenalan, selepas setahun akhirnya buat majlis resepsi

PASANGAN suami isteri iaitu Amir dan Michelle Maali yang popular di aplikasi Tiktok berkongsi cerita bagaimana mereka mula berkenalan dan bercinta.

Cerita Riza Amir, 26, isterinya itu mengajak dia berjumpa di Bangkok, Thailand hanya untuk memberitahu yang dia telah jatuh hati kepada Amir.

“7 Julai 2017 masa itu dia pergi ke Thailand dengan kawan dia yang nak balik kampung daripada Jerman.

“Lepas itu dia ajak saya jumpa tapi masa tu saya dekat New Zealand, saya pun macam pelik kenapa tiba-tiba nak ajak jumpa dia dekat Bangkok.

“Jadi saya terus terbang dari New Zealand sampai ke Bangkok masa itu hanya untuk jumpa dia, untuk dengar dia confess kepada saya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Amir dan Michelle bakal melangsungkan majlis resepsi mereka pada 20 Ogos 2022 di Pulau Pinang.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi