suria

Dugaan! Selepas kena calar, kereta arwah bapa dilanggar pula… TikToker Ayu Kepoh kecil hati netizen suruh jual

DUGAAN demi dugaan terpaksa dilalui oleh seorang wanita bernama Noor Hidayu Ahmad Termizi apabila kereta peninggalan arwah bapanya dicalarkan individu tidak dikenali.

Lebih menyedihkan, selepas beberapa hari kenderaan itu dilanggar pula oleh seorang pengguna jalan raya warga emas.

Kata Noor Hidayu atau lebih dikenali sebagai Ayu Kepoh, 30, dia terkejut dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi kereta tersebut mempunyai banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan.

“Terkejutlah bila ada orang tulis bodoh dan nampak sangat ketara perkataan tu.

“Jadi saya macam ya Allah aku ada buat salah apa dengan orang sampai ada orang sanggup buat macamni dekat aku.

“Orang kata dekat saya lebih baik jual je kereta tu tapi bila saya fikir balik mereka cakap senang tapi kenangan tu susah untuk saya lupakan, katanya kepada mStar.

Untuk rekod arwah bapa Ayu telah meninggal dunia pada 11 Januari 2021.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi