suria

Tak perlu malu pegang kad OKU! Influencer terkilan kawan ‘hilang’ selepas tahu ada sakit

WALAUPUN sudah lama mempunyai masalah mental, seorang influencer yang dikenali sebagai Nisha mendedahkan dia baru sahaja membuat kad untuk orang kurang upaya atau OKU.

Nisha Ezzati, 28, berkata dia mendaftarkan diri sebagai OKU selepas mengetahui kos perubatan untuk penyakitnya itu sangat mahal.

"Saya ada penyakit Attention Decit Hyperactive Disorder (ADHD) atau sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun 2020. Dah lama, tapi sekarang baru buat kad OKU. Sebenarnya saya ada bipolar juga dan ADHD saya quite mild.

"Saya buat kad OKU sebab sekarang tengah buat treatment ECT (Terapi elektroconvulsive). Rawatan tu mahal dan doktor cadang saya buat kad OKU sebab semua percuma. Ubat pun percuma sebab ubat saya pun mahal,” katanya kepada mStar.

Dalam masa yang sama, Nisha juga sempat berkongsi cerita rakan-rakan influencer lain mula menjauhkan diri daripadanya sebaik sahaja dia dimasukkan ke wad atas sebab masalah kesihatan mental.

"Saya tak nak sebut nama tapi faham-faham je lah. Diam terus dan tak cakap langsung masa saya masuk wad.

“Yang masih berkawan dengan saya pesakit ialah pesakit lain dan pengikut saya serta kawan sekolah. Tapi kawan-kawan sosial media semua hilang," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi