suria

Berkerusi roda, tak duduk diam bantu orang… Kecacatan bukan penghalang lelaki ini jalani hidup seperti insan normal

INDIVIDU dikenali sebagai Ayie tidak kekok meneruskan kehidupan seperti insan normal yang lain meskipun dirinya mengalami kecacatan.

Ayie atau nama sebenarnya Mohd Bukhori berkata, dia sudah terbiasa melakukan aktiviti kerja harian seperti orang normal meskipun dirinya kurang upaya.

Kata Ayie, tujuannya kurang itu dia juga memberikan kata-kata semangat serta turut menyalurkan bantuan kepada individu yang memerlukan dan senasib dengan dirinya.

“Untuk pengetahuan semua saya dianugerahkan tubuh badan seperti ini sejak daripada lahir, segala aktiviti harian sudah menjadi kebiasaan untuk saya dan sekiranya orang luar melihat ia susah tapi tidak bagi saya.

“Memang ada yang minta nasihat dan saya kongsi pengalaman yang dilalui ini malah ada juga yang turut bertanyakan mengenai peluang pekerjaan kepada saya.

“InsyaAllah, sekiranya diizinkan serta diberikan peluang saya ingin menghulurkan bantuan pada masa akan datang mengikut kemampuan yang ada,”katanya pada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi