PEMUDA bernama Haziq yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) menegaskan isterinya iaitu Nur Atiqah Amiera Ghazali bersetuju menerimanya sebagai suami kerana benar-benar ikhlas tanpa dipengaruhi faktor lain.
Kata Haziq atau atau nama sebenar Muhammad Haziq Samrat, 27, cinta mereka itu bukanlah disebabkan oleh harta dan kebendaan semata-mata.
“Saya ada juga terbaca komen yang mengatakan saya ni banyak duit, jadi isteri saya terima saya sebab duit.
“Itu semua tiada kena mengena pun sebenarnya.
“Apa yang penting hati... kalau orang itu susah ke miskin ke kalau dah orang tu sayang dia tetap akan sayang,” katanya kepada mStar.
Untuk rekod Haziq selamat bergelar suami kepada isterinya iaitu Nur Atiqah Amiera Ghazali, 29, pada 24 Julai lalu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI