suria

Suami kerap lawat kubur arwah isteri, wanita ini sikit pun tak cemburu tapi orang lain pula sibuk tanya ‘kenapa kahwin single father?’

SERING ditanya mengenai perasaannya apabila suami sering melawat kubur arwah isteri pertama.

Wanita bernama Sofi Anna Nasrudin, 35, berkata dia sama sekali tidak cemburu dengan tindakan suaminya itu, malah berasa kagum melihat sikap ditunjukkan itu.

“Langsung tak cemburu malah saya sangat kagum dengan suami saya.

“Sebab benda-benda macam ini buatkan saya tertarik dekat suami saya.

“Lagipun sebelum kami buat keputusan untuk berkahwin sudah beberapa kali suami saya bawa saya ke kubur arwah isteri pertamanya,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Sofi dan suaminya iaitu Muhammad Azad Ariffuddin Ahmad Sabri, 34, selamat mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2022.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi