suria

Niat mahu satukan rakyat Malaysia, TikToker Cina Adik Jun kecewa bangsa sendiri pertikai ‘content’ guna bahasa Melayu

SEORANG jejaka berbangsa cina yang dikenali sebagai Adik Jun telah menarik perhatian ramai netizen di aplikasi TikTok.

Perkongsiannya itu menjadi bualan ramai kerana sering berkongsikan video tip penjagaan kereta dengan bertutur dalam bahasa Melayu.

Selain pujian, dia juga tidak terlepas menjadi mangsa kecaman netizen kerana dilihat kurang fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan itu.

“Sebenarnya masalah itu berpunca daripada saya sebab daripada sekolah tidak ada usaha untuk belajar bersungguh-sungguh dalam subjek bahasa Melayu.

“Jadi kepada sesiapa yang menonton video saya ini harap kita dapat perbaiki bahasa Melayu sebab paling penting di Malaysia ini adalah bahasa Melayu kerana kita berbilang bangsa dan semuanya menggunakan bahasa Melayu.

“Sebelum ini saya sering mendapat kecaman daripada netizen kerana kurang fasih berbahasa Melayu dan paling menyedihkan ada segelintir individu berbangsa Cina turut mempertikaikan bahasa ini... bagi saya perkara seperti ini seharusnya dihentikan dan kita kena bersatu padu lagi pun kita sudah 65 tahun merdeka,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi