suria

Pendakwah Da’i Fuad tegur guru wanita sakan berjoget, tak sanggup tengok pendidik ‘menggeletis’ di media sosial

PENDAKWAH Dai’ Fuad Mokhtar menegur tindakan seorang wanita berstatus guru kerana sering memuat naik video berjoget di media sosial.

Dai’ Fuad atau nama sebenarnya Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar, meminta wanita berkenaan untuk menghentikan tindakan tersebut kerana dilihat seolah-olah menjatuhkan maruah sebagai seorang pendidik.

“Saya menghormati sebagai guru tapi saya tidak memintanya untuk melucutkan jawatan sebagai seorang pendidik... tapi sekiranya dia mahu teruskan apa yang dilakukan sekarang ini, mohon lucut jawatan tersebut kerana ia akan menjatuhkan maruah guru-guru yang lain.

“Walaupun pada mulanya saya menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen tapi setelah memberikan hujahan dan penjelasan yang jelas akhirnya mereka mengerti maksud yang disampaikan.

“Ramai juga para guru menyokong tindakan yang dilakukan oleh saya ini untuk menegurnya dan berharap agar dia berhenti untuk teruskan melakukan perkara yang dikatakan agak menjengkelkan di media sosial,” kata Dai Fuad kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi