suria

Malaysia pun dah ada Jenna Ortega, tapi netizen beri nama ‘Rabu binti Adam’

POPULARITI siri Wednesday yang disiarkan menerusi saluran Netflix bukan sahaja melonjakkan nama pelakon Jenna Ortega tetapi seorang wanita dari Malaysia.

Mana tidaknya, netizen terhibur dengan aksi wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nur Farhani yang meniru watak tersebut sehingga dia diberi gelaran Wednesday Malaysia.

Kata Farhani, 24, dia sendiri tidak menyangka video tersebut tular di Tiktok sehingga mendapat tontontan tujuh juta sehingga mengubah kehidupannya.

"Alhamdulillah selepas saya viral, rezeki saya bertambah apabila ada minta saya buat reviu produk selain meminta saya buat lebih banyak content tentang Wednesday.

"Tak hanya itu, sebelum ini kawan saya ada beberapa kerat sahaja tetapi sekarang kawan dah makin bertambah... jadi kehidupan tu tak sunyi sangat," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Farhani memberitahu dia tidak kisah apabila ada dalam kalangan netizen memberinya nama Rabu Adam yang lebih bersifat lokal.

"Saya tak kisah pun orang nak panggil apa... sampai ada panggil saya Rabu dan Jenab! Tetapi saya anggap itu hanya gurauan," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi