suria

“Akhirnya kad nikah ada function” - Pasangan ini kongsi pengalaman pertama kali kena ‘terjah’ pencegah maksiat

PASANGAN suami isteri memberitahu selama hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pada malam perayaan Krismas lalu merupakan kali pertama mereka disergah agensi pejabat agama di bilik hotel penginapan.

Wanita bernama Nurul Jannah berkongsi kejadian tersebut di akaun Facebook miliknya dan menjadi tular baru-baru ini.

Kata Jannah, 33, dia dan suami iaitu Mohd Amirrul, 33, sudah tujuh kali menginap di hotel tersebut dan itulah kali pertama pintu bilik mereka diketuk agensi pejabat agama.

“Hotel tersebut kami dah menginap sekitar tujuh kali tapi inilah kali pertama kami di approach pencegah maksiat.

“Masa pintu bilik kami kena ketuk tu kami ingatkan pekerja hotel.

“Tapi tiba-tiba suami tengok di pintu itu adalah terdapat sekumpulan agensi pejabat agama,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 7 Februari 2016.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi