suria

Lepas aksi kepala senget tular, peniaga pisang goreng cheese dapat tawaran jadi model... Impian bergelar pilot belum terkubur

PENANGAN aksi kepala senget mengubah nasib Adib Aidil yang membuka gerai menjual pisang goreng cheese di Kajang, Selangor sehingga tidak menang tangan melayan pelanggan.

Adib, 24, yang merupakan seorang graduan sekolah penerbangan berkata, sejak tular, dia berjaya menjual 70 kilogram pisang setiap hari yang habis dalam tempoh dua jam.

"Saya terkejut dan disebabkan viral ramai kenal Bananadibs... Perniagaan pula semakin ramai pelanggan sampaikan berjaya menjual 70 kilogram pisang hanya dalam tempoh dua jam," katanya ketika ditemui mStar.

Kata Adib lagi, sejak tular ada juga yang menawarkan dia bergelar seorang model namun ketika ini mahu memberi fokus kepada perniagaan yang sedang berkembang.

Tambahnya, dia juga masih belum melupakan impian bergelar seorang juruterbang dan berharap impian itu bakal menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tanggapan netizen yang menganggap Adib seorang lelaki lembut kerana karakternya yang soft spoken apabila bercakap, Adib menyangkal perkara tersebut.

Sebaliknya kata Adib, itu memang gaya percakapannya dengan orang lebih tua atau pelanggan iaitu lemah lembut.

"Saya lebih kepada lemah lembut bukan lelaki lembut.

"Saya memang macam itu kalau bercakap dengan orang tua atau pun dengan orang yang saya tidak kenali. Saya bukan lembut cuma lemah lembut sahaja," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi