suria

Puasa kerana ‘content’ semata-mata… Ceddy tiada niat persenda agama, gigih sebulan bangun sahur

PERSONALITI media sosial Ceddy Ang mengakui terasa hati apabila ada netizen di laman Twitter menuduhnya berpuasa di bulan Ramadan sekadar content untuk meraih perhatian ramai.

Terpaksa membalas status individu berkenaan, Ceddy, 35, berkata dia menjelaskan mengenai perkara itu kerana tidak mahu dikatakan mempermainkan agama.

“Saya kena jernihkan keadaan dan saya bagitahu saya tak selesa dengan terma ‘messing around’ sebab saya tiada niat sebegitu.

“Saya tahu puasa ni kena buat elok-elok dan saya tak suka orang kata saya berpuasa untuk content semata-mata,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ceddy sempat bercerita dirinya menerima sokongan ramai

“Saya setuju dengan orang ramai yang Islam itu indah dan mudah, orang yang buat ia rumit.

“Ramai juga yang kata pada saya jangan dengar kata individu tersebut sebab cara dia nak berdakwah pun tak betul.

“Ada juga ustaz-ustaz bercakap dengan saya dan saya fikir banyaknya orang baik jadi saya rasa disayangi,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi