suria

“Tak boleh nak telan”… Wanita ini sebak jamah masakan terakhir ibu, tiada lagi sambal ikan air tangan arwah

PERKONGSIAN video seorang wanita menikmati masakan terakhir ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir mengundang sebak netizen di aplikasi TikTok.

Ramai yang tersentuh melihat wanita bernama Nurul Hidayah menyuapkan masakan lauk ikan sambal merah yang disediakan oleh ibunya sebelum meninggal dunia.

Kata Nurul Hidayah, ibunya sempat memasak juadah hidangan tengah hari buat mereka sekeluarga sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada sebelah petang akibat terkena serangan jantung.

Malah, dia sendiri tidak menyangka ibunya iaitu Norizan Bahari, 63, pergi meninggalkan mereka begitu cepat setelah pemergian bapa tercinta pada Disember tahun lalu.

“Itu adalah masakan terakhir mak masak kepada kami pada hari Jumaat tengah hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pada sebelah petang sebab serangan jantung, jadi makanan tu dia sendiri pun tak sempat nak makan.

“Selepas selesai majlis pengebumian arwah mak, abang bagitahu arwah mak ada tinggalkan makanan iaitu ikan masak sambal dan waktu saya nak suap tu rasa sebak yang tak boleh nak gambarkan sebab itu adalah masakan terakhir kan.

“Arwah mak tak tunjukkan sebarang tanda-tanda dia nak pergi tinggalkan kami, tapi saya tak sangka mak akan pergi begitu cepat sebab tak sampai setahun arwah bapa meninggal pada Disember tahun lalu kini mak pula menyusul,” kata Nurul kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi