suria

Dulu hobi ‘make up’ kereta, sekarang influencer cantik minat sukan drift pula… Hairan lelaki takut-takut nak dekat

SELEPAS puas dengan aktiviti modifikasi kereta, personaliti media sosial Sharina Richie kini beralih arah ke menyertai sukan permotoran lasak iaitu drift.

Kata Sharina atau mesra panggilan Kak Sha, walaupun sukan drift ini merupakan hobi mahal namun ia tidak menjadi penghalang buatnya untuk menjadi seorang pelumba kereta.

“Saya takut sebenarnya walaupun boleh memandu laju kerana kemahiran drift ni memerlukan kita berfikir dalam melakukan pergerakan anggota badan, saya sukakan cabaran kalau perkara itu saya takut jadi itulah yang akan dibuat.

“Sukan permotoran ini tak kira jantina lelaki dan perempuan kalau kita minat kejar saja impian itu, belajar sukan drift ini... betul sukan drift ni mahal atau sukan orang kaya tapi kalau minat apa salahnya,” kata Sha kepada mStar.

Dalam pada itu, Sha menanam impian untuk menjadi seorang pelumba kereta secara profesional satu hari nanti.

“Impian saya adalah satu hari nanti mungkin dibelakang kereta ada tulisan Falken (jenama tayar) dan dapat berlumba di Dubai secara profesional,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi