suria

[V] Selama ini tak siapa tahu nombor telefon isteri, minggu lepas pilot tiba-tiba beri kepada kawan - "Mungkin dah dapat rasa..."

SEPERTI dapat menjangka nasib dirinya, juruterbang pesawat persendirian yang terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam iaitu Allahyarham Shahrul Kamal Roslan ada berkongsi nombor telefon isterinya kepada salah seorang rakannya, Kapten Halim minggu lalu.

Abang ipar arwah, Syed Tahir Syed Mohammad, 39, berkata tindakannya itu dibuat sebagai langkah dan persediaan jika berlaku sebarang kecemasan ke atas dirinya.

"Pada awalnya Halim pun terkejut kenapa dia beri nombor telefon isterinya sebab dia tak pernah buat begitu sebelum ini... Mungkin dia sudah dapat rasakan cuma tak beritahu.

mstar_syed_tahir_230818.00_01_31_05.Still001

Syed Tahir ketika berada di perkarangan hospital.

"Apabila Halim dapat tahu tentang kejadian semalam, dia orang pertama yang telefon dan maklumkan kejadian kepada isteri arwah," katanya kepada pihak media.

Syed Tahir ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada Jumaat.

Dalam pada itu, Syed Tahir memaklumkan jenazah Shahrul Kamal dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gates, Kuala Lumpur, petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru jumpa juruterbang pesawat terhempas Selasa lalu, Remy Ishak terkejut buka WhatsApp dapat berita sedih

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam api jatuh dari langit! Dashcam rakam detik ngeri pesawat terhempas di Elmina

Syed Tahir berkata, jenazah akan dibawa ke rumah ibu bapanya terlebih dahulu sebelum proses pengebumian.

"Adik saya (isteri Shahrul) sudah hadir untuk prosedur pengecaman mayat dan masih ada beberapa perkara lagi perlu diselesaikan sebelum proses pengebumian dibuat.

"Kami akan uruskan proses termasuk solat jenazah di hospital sebelum membawa pulang jenazah ke rumah ibu bapanya di Taman Melawati sebelum dikebumikan hari ini," katanya.

Mungkin dia sudah dapat rasakan cuma tak beritahu.

SYED TAHIR SYED MOHAMAD

ABANG IPAR KAPTEN SHAHRUL KAMAL ROSLAN

Dalam pada itu, Syed Tahir memberitahu arwah sebelum ini pernah berkhidmat sebagai juruterbang dengan syarikat Malaysia Airlines dan Etihad.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang juruterbang yang cekap, Syed Tahir berpandangan nahas mungkin berlaku disebabkan kegagalan enjin.

Terdahulu, mStar melaporkan selain Shahrul, 42, sembilan individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.

jygf

Ibu arwah ketika ditemubual media pada malam kejadian.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Pulau Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain