suria

Ikhlas kahwin wanita tanpa tangan, suami tersinggung dituduh tumpang populariti… “Kenapa nak cemburu?”

SELEPAS tular kisah pernikahan jejaka bernama Zulfadli Syahrul dengan gadis dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan bernama Norfarrah Syahirah, timbul pula dakwaan kononnya hanya ingin menumpang populariti isterinya itu.

Menurut Zulfadli, 33, selain kecaman netizen, dia juga ada menerima komen berbentuk ugutan dalam kalangan netizen.

“Banyak yang mendoakan kesejahteraan isteri saya tapi bukan saya! Kenapa tidak mendoakan supaya isteri saya dapat menjaga rumah tangga kami dengan baik.

“Saya juga ada terima ugutan daripada netizen yang minta saya jaga isteri dengan baik... kalau tidak satu Malaysia akan cari saya! Tak perlu (ugut) sebab saya tahu jaga isteri sendiri.

“Ada juga yang kata saya kahwin sebab nak tumpang populariti sedangkan saya kenal dia sudah lama.

“Instagram pun saya private dan tak approve sesiapa pun melainkan isteri benarkan,” kata Zul kepada mStar.

Pasangan ini selamat disatukan di Masjid Al-Maaruf Parit 5, Sungai Sumun, Hutan Melintang, Perak pada Ahad lalu.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi