suria

Nakal, degil! Jurulatih badminton baling kerusi sebab nak didik pelajar, dapat kepercayaan ibu bapa... “Saya sayang mereka”

GARA-GARA membaling kerusi ke arah anak muridnya, jurulatih badminton dikenali sebagai Fung Seng dikecam netizen kerana didakwa bertindak kasar seakan-akan mendera pelatih.

Menerima kecaman itu dengan hati terbuka, Fung Seng, 54, berkata, kaedah yang digunakan untuk mengajar mungkin sedikit keras tetapi niatnya hanya mahu membentuk anak muridnya menjadi lebih berdisiplin.

“Ibu bapa sudah beri kebenaran, mereka minta saya buat yang terbaik untuk anak mereka.

“Jadi saya buat apa yang terbaik, bukan saya tak manjakan mereka saya sayang mereka.

“Saya tak dera mereka tapi saya buat atas faktor disiplin, hukuman itu untuk mendisiplinkan mereka sahaja,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat latihan badminton di Kajang Selangor pada 25 September lalu.

Malah tiada isu berbangkit di antara jurulatih dan keluarga pelatih.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi