suria

Meriah sambutan Hari Orangutan Sedunia di Zoo Negara… MPOGCF taja RM1.1 juta naik taraf pameran

BAGI meraikan sambutan Hari Orangutan Sedunia, satu program istimewa dianjurkan oleh Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) bertempat di Zoo Negara pada 19 Ogos lalu.

Dalam program berkenaan, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan MPOGCF termasuklah Fun Walk, Night Camp dan program tanggungjawab sosial korparat (CSR) iaitu Grow and Glow bagi mengindahkan persekitaran dalam Zoo Negara.

Menurut pengurus MPOGCF iaitu Ahmad Shahdan, 39, program ini adalah inisiatif untuk menyelamatkan spesis Orangutan yang kian pupus.

Malah, MOPGCF turut memperuntukkan sebanyak RM1.1 juta bagi Projek Naik Taraf Orangutan Borneo di Zoo Negara.

“Program ini bertujuan menyambut hari Orangutan Sedunia 2023 dengan bertemakan The Other Malaysian.

“Tujuan kami ambil bahagian dalam program ini kerana Orangutan sangat dekat dengan industri sawit, justeru itu menjadi tanggungjawab untuk kami berusaha membantu spesis ini supaya terus kekal berada di Malaysia.

“MPOGCF mempunyai misi untuk memulihara kehidupan liar yang ada di Malaysia, Orangutan adalah salah satu spesis ikonik negara.

“Jadi pihak kami merancang untuk jadikan program seperti ini sebagai aktiviti tahunan seperti pernah menyambut hari Gajah juga sebelum ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi