suria

Bertemu jodoh orang Mesir, wanita ini sabar dua tahun hidup PJJ selepas kahwin… “Memang tak kuat tapi terpaksa reda”

SETAHUN lapan bulan hidup berjauhan dengan suami, cinta wanita bernama Nor Syahida Makin terhadap suaminya yang kini berada di Mesir iaitu Mohamed Rifaat tidak pernah pudar.

Kata Syahida, 43, mereka terpaksa melalui hubungan jarak jauh (PJJ) itu kerana suaminya berdepan masalah dokumentasi untuk terus menetap di negara ini.

Meskipun berjauhan, Syahida berkata suaminya yang kini berusia 45 tahun tidak pernah mengabaikan nafkah dan sentiasa bertanya khabar.

“Mula-mula memang susah nak terima tapi kena reda, pasangan kita pun memainkan peranan dan sentiasa berikan saya keyakinan.

“Dia buktikan tak abai tanggungjawan dengan mengirimkan duit setiap bulan, tanya khabar saya dan anak-anak tirinya.

“Daripada situlah saya percayalah dia. Perkahwinan kami pun baru lagi dan kami bercinta selepas nikah,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 21 Mei 2021.

Syahida mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Iman, 19, Iffah, 17, dan Izzah, 14 hasil perkahwinan terdahulu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi