suria

Serangan Israel masih berterusan... Tekanan memuncak, sumber makanan pula tahap kritikal - Nurul Ain

RAKYAT Malaysia yang terperangkap di kawasan bergolak Gaza Nurul Ain Haron tetap positif dan bersemangat meskipun tidak mengetahui apa lagi akan menimpa kawasan bergolak tersebut.

Cerita Ain, 37, penduduk di negara bergolak itu sedang mengalami tekanan hebat bukan sahaja disebabkan bekalan elektrik terputus namun sumber makanan yang semakin berkurangan.

"Kami di sini masih diserang manakala bekalan elektrik pula sudah terputus lebih kurang 10 hari.

"Air pun tiada, bekalan dan stok makanan di kedai-kedai juga semakin berkurangan. Penduduk di sini (Semenanjung Gaza) dalam keadaan yang sangat tertekan," katanya ketika dihubungi mStar.

Untuk rekod, Ain yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkahwin dengan lelaki warganegara Palestin, Mohamed Adnan Shaat dan pulang ke kampung halaman suaminya itu sejak 1 Oktober lalu.

Ini adalah kali pertama Adnan pulang ke Palestin bagi bertemu keluarganya selepas sembilan tahun menetap di Malaysia.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi