suria

Saiful Zero tangguh hasrat pindah KL, mahu segera selesaikan status kewarganegaraan isteri

PELAWAK Saiful Zero memberitahu hasratnya untuk terus menetap ke ibu kota terbantut gara-gara isterinya iaitu Ashura Rudy berdepan masalah dokumentasi dan belum mendapat status kewarganegaraan yang sah.

Saiful atau lebih mesra dengan disapa Melati berkata, dia kini dalam usaha melengkapkan proses dokumentasi bagi memudahkan pergerakan isterinya sekiranya ingin berpindah ke Semenanjung Malaysia.

“Saya ada juga perancangan untuk tinggal di sini tapi keluarga semua menetap di Kudat Sabah sebab isteri warga Filipina.

“Macam Mark Adam tapi dia sudah dapat jadi warganegara cumanya isteri belum lagi sekarang ini dan sekarang tengah usaha untuk dapatkan status itu.

“Kalau sudah dapat mungkin mudah untuk saya pindah ke Kuala Lumpur, sekarang ini boleh datang ke sini cuma tidak lama paling lama pun sebulan saja dan mungkin sebelum puasa saya akan uruskan semuanya,” kata Saiful kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi