KETUA juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Datuk Ramli MS menyifatkan hanya penyanyi Jaclyn Victor yang berjaya memberikan persembahan terbaik pada malam kemuncak program berkenaan sehingga melayakkan dia bergelar juara.
Ramli atau lebih mesra dengan sapaan Tok Ram, 65, berkata, walaupun kesemua peserta dilihat memberi persembahan luar biasa ketika sesi latihan namun hanya Jaclyn berjaya mengekalkan momentum ketika siaran langsung.
"Saya fikir secara peribadi, peserta lain tak perfom seperti Jaclyn Victor, (persembahan) dia stabil dan orang lain kurang menunjukkan peningkatan.
"Tapi jika lihat mereka ketika latihan semua setara dan bermati-matian untuk lagu solo mereka namun bila siaran langsung, tujuh peserta lain kurang perform berbanding Jaclyn,"katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI