suria

Buat apa nak malu! Hun Haqeem bangga dipanggil anak emak, harap calon isteri pun rapat dengan ibu

PELAKON Hun Haqeem berasa bangga apabila ramai memberinya gelaran 'anak emak' susulan membawa ibunya menonton program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) baru-baru ini.

Hun atau Haqeem Hermy, 25, berkata, sebagai anak dia akan sedaya upaya membahagiakan syurganya itu kerana sedar kehidupan di dunia ini singkat untuk disia-siakan.

"Kebelakangan ini ada ahli keluarga saya yang meninggal dunia jadi ia membuka mata saya bahawa hidup ini sangat singkat.

"Kita tak tahu bila kita akan 'pergi' sebab ajal itu rahsia Allah. Jadi saya rasa jika ada peluang untuk bersama ibu, saya akan buat selagi boleh.

"Ibu saya pun memang suka Gegar Vaganza, kenapa tidak sekali sekala saya bawa ibu dan dapat juga dia faham tentang industri hiburan," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Hun baharu sahaja muncul dengan drama bersiri terbaharu W: Two Worlds yang sedang disiarkan di platform penstriman Viu sejak 30 November lalu.

Selain Hun, drama adaptasi dari Korea Selatan itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Tony Eusoff dan Amerul Affendi.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi