suria

Remy Ishak rasa makin muda, jatuh cinta sejak ada anak... Tuah Alam sinar baharu selepas lalui fasa hidup tak keruan

KEHADIRAN cahaya mata pertama diberi nama Tuah Alam benar-benar mengubah kehidupan pelakon Remy Ishak.

Pernah melalui fasa sukar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, Remy atau Mohammad Zalimei bin Ishak, 41, berkata, kini dia sudah berada di landasan yang tepat untuk kembali menjalani kehidupan normal seperti biasa.

"Selepas jadi bapa saya rasa muda semula... dengan kelahiran anak (Tuah Alam) saya seperti dalam dunia yang baru, saya rasa kembali hidup dan kembali jadi Remy Ishak.

"Sebab beberapa tahun lepas sebelum lahirnya anak, saya tak tahu kenapa saya rasa tidak keruan.

"Tak tahu apa makna hidup, kadang-kadang bila dah kahwin ada fasa dalam kehidupan kita akan tiada hala tuju tapi bila lahirnya anak sudah kembali ke jalan sepatutnya," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Remy merupakan antara pelakon yang dipilih membintangi filem Keluang Man yang dijangka memulakan penggambaran pada April tahun hadapan.

Filem tersebut dijadualkan menemui penonton di pawagam pada tahun 2025.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi