suria

Malu! Zara Zya murung lihat foto disunting tak berbaju... Terkejut sampai hilang fokus kerja, keluarga pun tak tahu

PELAKON Zara Zya berasa malu selepas melihat foto memaparkan dirinya tanpa memakai apa-apa pakaian di aplikasi X.

Murung dengan apa yang jadi, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, berkata, apa yang dilakukan bukanlah kerja seorang peminat tetapi ia dilakukan oleh penjenayah siber.

“Sekarang berhijab pun orang buat macam tu (foto tak berbaju) zaman tak bertudung pun orang dah mula buat.

“Ini bukanlah peminat yang buat tetapi penjenayah siber,” katanya kepada mStar.

Selain itu Zara turut memberitahu sehingga kini masih ada lelaki yang menghantar gambar tidak senonoh ke direct message (DM) Instagram miliknya yang membuatkan aktres itu ketakutan.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi