suria

Melampau burukkan BubbleBee, Shuib tak teragak-agak ambil tindakan... Bimbang masa depan 300 pekerja

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan menyebar berita buruk mengenai syarikatnya, Bubble Bee.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata dia terpaksa membuat tindakan itu kerana enggan timbul sebarang persepsi buruk mengaitkan nama dan perniagaannya itu.

“Sebelum ini kes Freemason itu sebab terlalu melampau... seorang saya minta buat permohonan maaf secara terbuka dan seorang lagi saya nak maklumkan memang sudah disaman.

“Jadi saya tak naklah pasal isu ini (KWSP) seorang asyik menghentam dan cuba menjatuhkan syarikat, saya tak mahulah sampai saya kena keluarkan dia.

“Tapi kalau sampai satu tahap yang agak melampau, saya rasa saya akan keluarkan dia juga (saman),” katanya kepada mStar.

Mengakui silapnya berhubung bayaran KWSP, Shuib berkata perkara itu masih dalam proses untuk diselesaikan secara berperingkat.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi