suria

Guru buat ‘content’ dengan anak murid dah jadi trend, Namie minta berwaspada elak calar imej pendidik

PELAWAK Namie meminta golongan pendidik agar lebih berwaspada jika membuat sebarang pengisian kandungan di media sosial melibatkan pelajar di sekolah.

Namie atau Najmi Shaharudin, 27, berkata, sebagai bekas guru dia pernah ditegur oleh pihak atasan atas tindakannya menghasilkan video bersama pelajar yang dimuat naik di laman sosial.

"Kalau boleh ikut peraturan sebab saya tahu ada akta yang menyatakan memang tidak dibenarkan buat sebarang rakaman melainkan untuk pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

"Tapi kalau sekadar gunakan anak murid sebagai content, elak-elakkan sebelum berlaku perkara tidak diingini.

"Sebab saya dan pernah rasa dan buat perkara itu selain ditegur oleh pihak atasan," katanya kepada mStar.

Pada Mac 2022, Namie mengambil keputusan meninggalkan karier sebagai guru bagi membolehkan dia fokus kepada karier seni.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi