suria

Tak serik! Kali ini muncul Mastura 2.0 pula ganggu Puteri Sarah, siap DM Andi Arsyil buat cerita buruk

PELAKON Puteri Sarah Liyana mendedahkan sehingga kini dia masih lagi menerima gangguan daripada wanita misteri bernama Mastura di laman sosial.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata individu berkenaan tidak serik mengganggunya malah sanggup mencipta akaun baharu semata-mata ingin aktiviti hariannya.

“Ya masih dan sekarang ini muncul pula dengan Mastura 2.0, popular juga nama Mastura ni ya dan siapakah identitinya saya sudah dapat kenal pasti dan saya dah buat laporan polis.

“Orang gila macam ini saya tak mahu layan sebab kalau layan jadi lain dan sekarang ini saya sudah belajar untuk berdamai dengan diri sendiri... tapi yang terkejut dia selalu komen dekat video saya selepas dimuat naik,” kata Sarah kepada mStar.

Sementara itu, Sarah turut memberitahu individu berkenaan turut menganggu rakan baiknya iaitu Andi Arsyil Rahman dengan memburuk-buruk dirinya di media sosial.

“Sebenarnya Andi pernah menerima gangguan dan tak pasti adakah Mastura atau orang lain, dia hantar mesej dengan memburuk-burukkan saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi