suria

Pelbagai rintangan sudah dilalui, Bella dan Aliff semakin matang dan saling mempercayai

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah tidak pernah berniat meraih simpati sesiapa apabila kisah rumah tangganya dengan Aliff Aziz sering menjadi tumpuan peminat dan media.

Susulan itu, Bella, 29, memohon maaf sekiranya kisah mengenai perkahwinan mereka yang dipaparkan membuatkan mana-mana pihak berasa kurang senang dan menyinggung perasaan mereka.

"Kita tak boleh nak jangka semua orang akan suka dengan kita, mana-mana yang kurang selesa atau tak senang dengan kisah rumah tangga kami, saya minta maaf sangat.

"Kadang-kadang apa yang keluar itu bukan dalam kawalan Bella, bila wartawan bertanyakan soalan, tak kan nak jawab no komen pula sebab pihak media pun hanya menjalankan tugas mereka," katanya kepada mStar.

Tambah Bella, dia menghargai semua teguran dan komen diberikan terhadap dia dan Aliff selain mengambil semua kata-kata positif sebagai doa.

"kepada yang mendoakan buat rumah tangga kami, saya balikkan doa itu kepada anda semua pula," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi