suria

RM50,000 sebulan memang tak cukup! Iqbal Zulkefli dedah bayar LHDN boleh beli 5 buah Axia

USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli tidak takut jika dikejar pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) susulan kenyataannya memerlukan RM50,000 sebulan bagi menampung kos kehidupannya.

Iqbal, 29, sebaliknya berkata, sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dia membayar cukai pendapatan tanpa culas.

Malah tahun lalu dia membayar cukai pendapatan yang bersamaan dengan harga lima buah kereta jenis Perodua Axia.

“Bermula tahun 2018 saya dah bayar cukai, jadi saya akur dengan perkara yang telah dipertanggungjawabkan pada saya.

“Tak banyak sangat tapi kali terakhir saya bayar, bolehlah beli lima buah kereta Perodua Axia,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi