TIDAK pernah terlintas mahu jadi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berharap peminat berhenti berbalah gelaran berkenaan
Kata Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, kepuasannya dalam bidang nyanyian adalah apabila berjaya menghiburkan peminat dengan bakat yang sedia ada.
“Nombor itu bukan ukuran sebenarnya, nombor tu bukan perkara yang penting pun.
“Awal-awal masuk menyanyi pun tak pernah terlintas saya nak jadi nombor satu, tiada langsung dalam kamus diri saya.
“Jadi saya lebih kepada nak kongsi tentang apa bakat yang saya ada dan nak gembirakan orang sahaja,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI