suria

Nabila Huda tegur kerana enggan netizen pandang buruk industri seni, tiada masalah berlakon dengan Sophia Albarakbah

PELAKON Nabila Huda tiada masalah untuk berlakon dengan Sophia Albarakbah meskipun pernah memberi kritikan terhadap pelakon itu sewaktu isu gosip cinta lokasi bersama Aliff Aziz.

Kata Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, teguran yang dilakukan adalah berbentuk profesional selaku orang lama dalam industri serta tidak mahu masyarakat memandang buruk kerjaya seni tanah air.

"Teguran saya itu adalah teguran profesional, tidak bermaksud apa-apa kerana saya tiada perasaan buruk tentang sesiapa pun.

"Sebab kita tak nak bermusuh tapi kalau kita cakap tu terimalah, sebab saya tahu ramai tahu perangai saya macam mana.

"Saya cakap saja apa saya nak cakap, tapi saya tak pernah bermusuhan dengan sesiapa dan apa masalah peribadi orang saya tak masuk campur sebab saya suka kehidupan saya," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Nabila merupakan salah seorang pelakon bersama Zahiril Adzim, Pablo Amirul dan Datuk Aaron Aziz dalam filem Budak Flat yang mula ditayangkan pada 16 November 2023 di platform penstriman Prime.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi