suria

Shah Radhy takut nak menggatal dengan pelakon wanita di set penggambaran, bimbang rezeki tak berkat

PELAKON Shah Radhy kini lebih berhati-hati dalam memilih kawan supaya peristiwa hitam dan kontroversi lalu tidak lagi berulang.

Meskipun dirinya sudah terbukti tidak bersalah, namun Shah atau Muhd Shah Radhi Hazvee, 27, berkata masih ada pihak yang memandang negatif terhadap dirinya.

“Benda tu jadi pengajaran supaya saya tidak mempercayai orang sekeliling saya, sebab perkara itu juga buatkan saya sedar mana kawan sebenar.

“Nak kata trauma untuk dekat dengan wanita tu mungkin tidak... cumanya saya lebih berhati-hati, saya tak pernah lagi nak menggatal dengan wanita lain apa semua, apatah lagi kalau di set penggambaran sebab risau duit yang dapat tu tak berkat.

“Berita tu pun dah tersebar luas jadi saya nak nafikan pun tak boleh cumanya apa yang saya boleh cakap yang kenal saya tahu apa terjadi,” kata Shah kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Shah kini aktif dengan program kebajikan membantu golongan artis dalam kesusahan.

Untuk rekod, Shah pernah ditahan dilokap Ibu Pejabat Polis Ampang, Selangor pada 25 Mei 2020 selepas satu laporan dibuat terhadapnya berhubung dakwaan memikat dan membawa lari isteri orang.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi