suria

Atu Zero ditegur asyik ulang pakai baju sama, sudah biasa hidup sederhana... “Dari dulu ini la style saya”

MENGAKUI kehidupan sebagai selebriti memerlukan dirinya tampil bergaya dengan pelbagai koleksi baju, pelawak Atu Zero bagaimanapun berkata dia lebih selesa mengenakan pakaian yang sama.

Kata Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 31, dia pernah ditegur memakai pakaian yang sama di stesen televsiyen (TV).

“Saya tak kisah jika orang nak cakap baju sama atau lebih kurang, sebab kita kat luar pun pakai baju sama sahaja.

"Cuma itulah masing-masing punya pemikiranlah, kalau macam saya sendiri memang tidak kisah.

"Pernah juga orang tegur saya pakai baju sama di stesen TV berlainan, saya cakap beginilah kerja saya kadang sempat kadang terlepas pandang.

"Macam baju yang saya dah pakai sebelum ini masuk TV, saya akan kumpulkan dan bawa balik kampung bagi pada siapa nak pakai supaya tidak membazir," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Atu bersama Fazley Yaakob, Imran Aqil dan Atita Haris merupakan selebriti yang mewakili Malaysia dalam perlawanan badminton Tepok Bulu 2023: Tribute to Istora yang bakal berlangsung Jumaat ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi