suria

Bukan buat dosa atau dedah aurat... Neelofa sudah minta pandangan suami kongsi foto AI tanpa purdah

PENGACARA Noor Neelofa menyedari foto teknologi artificial intelligence (AI) memperlihatkan dirinya tanpa purdah yang dimuat naik di Instagram telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Tidak merasakan tindakannya itu satu dosa, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata, suaminya iaitu pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Riz juga mengetahui mengenai foto berkenaan.

“Sudah tentu saya ada minta pandangan suami (PU Riz), malah banyak versi staf saya buat saya tunjukkan pada suami.

“Sekali lagi saya bukanlah nak buat kempen AI Neelofa untuk mendedahkan aurat dan bukannya saya buat dosa dengan AI itu,” katanya kepada mStar.

Neelofa juga menyangkal gambar tersebut adalah gambaran awal dirinya mahu membuka purdah.

Malah, dia juga meminta orang ramai mendoakan supaya dirinya terus kekal istiqamah.

Dalam perkembangan lain, Neelofa memberitahu dia ada menolak tawaran untuk bekerjasama dengan syarikat yang menyalurkan dana kepada negara Israel.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi