suria

Altimet letak harga tinggi cara tolak undangan menyanyi, kongsi 90 hari bergelar YB Lembah Jaya

PENYANYI rap Altimet masih menerima pelbagai undangan persembahan pentas meskipun kini sibuk dengan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Ampang sejak tiga bulan lalu.

Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, bagaimanapun berkata, dia nekad dengan keputusan bersara dari bidang seni dan ingin memberi tumpuan kepada suara rakyat.

"Tugas sebagai wakil rakyat sesuai dengan naluri saya buat masa ini sebab mahu berkhidmat kepada mereka.

"Pada mulanya memang ada tawarkan saya persembahan pentas tetapi sekarang sudah tidak ada sebab saya letak harga tinggi sebagai cara halus menolak.

"Sekarang sudah tidak ada undangan, mungkin sebab mereka sudah putus asa dengan saya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Altimet berkata, dia tidak merindui karier lamanya sebagai seorang penyanyi rap dan menyifatkan ia sekadar pekerjaan yang sudah ditinggalkan.

Sebaliknya katanya, dia kini mahu memberi keutamaan kepada suara dan keperluan rakyat yang meletakkan kepercayaan kepadanya sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) pada 12 Ogos lalu.

Untuk rekod, Altimet berjaya menumpaskan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin dengan majoriti 6,320 undian di Lembah Jaya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi