suria

Delimawati sebak dah 7 bulan tiada tawaran lakonan, tak mahu ambil watak hantu selain ‘Hantu Kak Limah’

PELAKON veteran Delimawati mendedahkan sudah tujuh bulan dia tidak menerima apa-apa tawaran lakonan.

Kata Delimawati Ismail, 65, dia kini cuma bergantung dengan anak bongsu dan menantunya untuk menjalani kehidupan.

“Saya cuma duduk dengan anak, anak bagi makan itu sahaja saya makan.

“Anak pula tak kerja harapkan gaji menantu, anak-anak lain semua dah meninggal dunia.

“Tu sahajalah... sudah tiada harapan, anak pun tak kerja sebab jaga anak,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Delimawati berkata, dia tidak akan sesekali mengambil watak hantu lain selain Hantu Kak Limah yang dicipta pengarah Allahyarham Mamat Khalid.=

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi