suria

“Kalau jadi Cina mana boleh bertudung”- Margeret Gan tolak tawaran diminta tanggal hijab, titip nasihat untuk Angeline Tan

PELAKON veteran Margaret Gan memberitahu dia pernah menolak satu tawaran lakonan kerana watak itu tidak sesuai dengan imejnya yang sudah berhijab.

Kata Margaret atau nama sebenarnya Gan Ee Kek, 80, sebagai seorang Muslim dia perlu menjaga penampilan termasuklah batas aurat.

“Dalam industri sekarang saya kurang sikit (pekerjaan), ada dipanggil tapi saya dah berhijab sekarang.

“Kalau dah berhijab saya tak boleh ambil peranan orang Melayu, kalau watak mualaf mungkin ada peluanglah.

“Kita dah peluk agama Islam, kita dah berhijab jadi biar hijab terus... kalau saya bawa watak Cina, saya tak boleh bertudung,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Margaret sempat menitipkan pesanan buat pelakon Angeline Tan yang memeluk Islam baru-baru ini.

“Pada saya dia (Angeline) dah tahu agama Islam jadi kena ikut, saya harap dia ikutlah... jangan hanya kata saya Islam sahaja tapi tak ikut yang lain-lain, pada saya itu tak sempurna.

“Kalau dah masuk Islam, kena tahu apa orang Islam kena buat,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi