suria

Taufiq Hanafi serius nak kahwin, harap ada jodoh dengan pengacara TV3... Siap minta Anim Ezati ajar jadi bapa penyayang

PELAKON Taufiq Hanafi berharap agar hubungan cintanya bersama personaliti TV Anim Ezzati berakhir ke jinjang pelamin.

Taufiq atau Mohamad Taufiq Hanafi, 32, berkata, dia kini sedang belajar untuk menjadi seorang bapa memandangkan kekasih hatinya itu mempunyai seorang anak.

“Masing-masing ada pengalaman pahit tapi Alhamdulilah laluan ini yang ditunjukkan, kami sebelum ini tidak rapat cumanya satu industri saja dan dia hanya kawan dengan adik saya saja.

“Satu yang saya suka mengenai Anim adalah dia pandai ambil hati bukan saya saja tapi keluarga juga dan sekarang ni pun kami masih lagi dalam proses mengenal dan keluarga sudah tahu hubungan kami.

“Anim tahu saya tak pernah kahwin dan hanya tunang serta tiada anak, Anim kena banyak ajar saya dan saya pun kena minta tunjuk ajar daripada dia supaya dapat jadi seorang bapa yang baik,” kata Taufiq kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi